Menarik mengenai PRU 13 – 30 April

UNTUK MU MASYARAKAT

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

JPN Tidak Pernah Keluar MyKas Kepada Warga Asing Untuk Mengundi PRU13

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Sehubungan itu beliau berkata dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

“Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.   BERNAMA ONLINE

Dakwat tak boleh ditiru

Putrajaya  2013/04/29:   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjamin warna dakwat kekal yang akan diguna…

Lihat pos aslinya 442 kata lagi

Nik Aziz Miliki Tanah Bernilai Lebih RM10j?

Detik Perubahan

KOTA BHARU – Tiada siapa sangka di sebalik imej zuhud, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya status tanah itu yang kini merupakan tanah pertanian ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz itu telah didaftarkan selepas 1990 iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ini, antara…

Lihat pos aslinya 630 kata lagi

Daim Kempen Ku Nan, Yakin BN Dapat Dua Pertiga

Detik Perubahan

20121029_PEO_TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR 2_MSY_1PUTRAJAYA –  Kecekapan sesebuah jentera pilihan raya penting bagi memastikan calon bertanding terus mendapat sokongan pengundi berbanding kehadiran besar rakyat pada ceramah politik.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata apabila jentera pilihan raya berjalan dengan cekap serta lancar, ia mampu mengenepikan sebarang unsur sabotaj dalam parti, sekali gus menjamin kejayaan calon yang bertanding.

Menurutnya dalam ceramah pakatan pembangkang, mereka biasanya berusaha membawa ‘orang luar’ dalam jumlah ramai ke majlis itu untuk menggambarkan seolah-olah kempen mereka mendapat sokongan hebat.

Jelas beliau, ada dalam kalangan hadirin ke ceramah pembangkang, hanya disebabkan perasaan ingin tahu atau sekadar ‘suka’ mendengar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, malam tadi.

Mengenai persekitaran kempen politik semasa, Daim percaya BN mampu memenangi dua pertiga daripada kerusi Parlimen pada pilihan raya ini.

Beliau…

Lihat pos aslinya 119 kata lagi

Pas Didesak Henti Peralatkan Sami Buddha

Detik Perubahan

Pas didesak hentikan tindakan mengaitkan sami Buddha untuk kempen pilihanraya.

Oleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Persatuan Siam Malaysia (PSM) mendesak pemimpin Pas Kelantan supaya tidak memperalatkan kumpulan sami Buddha bagi tujuan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk memancing undi masyarakat Siam di negeri ini, kata Presidennya, Siri Neng Buah.

Beliau berkata, tindakan itu dianggap sebagai tidak menghormati peradaban dan peraturan institusi keagamaan masyarakat berkenaan.

Siri Neng Buah berkata, tindakan Pas mengheret institusi kesamian dalam kempen politik termasuk mengedar dan menampal paparan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan sami tempatan perlu ditarik balik.

“Tindakan itu menyentuh sensitiviti masyarakat Siam yang menganut agama Buddha. Sami Buddha tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai individu yang berpihak kepada suatu kumpulan sedangkan mereka adalah berkecuali dari melibatkan diri dalam arena politik sebaliknya berfungsi sebagai rujukan dalam kehidupan penganut Budha.

“Saya beri peringatan kepada Pas supaya menghentikan pendekatan sedemikian dan tidak mencanang perpecahan dalam masyarakat kami,” katanya kepada pemberita selepas…

Lihat pos aslinya 386 kata lagi

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Beri Penjelasan Sebenar

Detik Perubahan

 

 

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Kementerian Penerangan mengadakan siri jelajah penjelasan isu Lahad Datu diteruskan untuk menangkis fitnah dan tohmahan pihak tidak bertanggungjawab selama ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, sebelum ini lebih 1,100 program dilaksanakan di Sabah untuk menerangkan isu tersebut termasuk sembang di warung kecil.

Beliau berkata, Bachok merupakan lokasi pertama dalam siri penjelasan berkenaan isu terbabit bagi Semenanjung Malaysia dan Bachok juga terpilih untuk program forum keselamatan negara tanggungjawab bersama ‘ Peristiwa Lahad Datu Satu Pengajaran’.

“Kita bawakan anak Bachok sendiri iaitu Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat sendiri untuk bercakap mengenai isu sebenar di sana.

“Banyak tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai hal ini yang mengeruhkan keadaan. Kami juga akan edarkan buku kecil mengenai isu Lahad Datu yang dijangka siap dicetak hari ini (semalam) untuk orang ramai,” katanya ketika sidang media selepas program tersebut yang diadakan…

Lihat pos aslinya 136 kata lagi

Tidak Gentar Saman Husam, Kickdefella akan Fail Pembelaan

Detik Perubahan

Syed AzidiOleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz akan memfailkan kenyataan bela dirinya dalam kes saman fitnah yang difailkan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa sebelum 22 Mei ini.

Beliau berkata, akan komited untuk lawan saman kedua Husam ini sebagaimana saman pertamanya dahulu yang masih bertangguh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Tidak ada masalah. Saya akan failkan pembelaan sebelum 22 Mei ini,” katanya ditemui di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong memerintah Syed Azidi supaya memfailkan kenyataan bela dirinya sebelum 22 Mei selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak terbabit di dalam kamarnya.

Anis Afiqah Che Rahim, peguam yang mewakili Syed Azidi, memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan 5 September sebagai tarikh untuk mendengar saman itu.

Pada 21 Februari tahun ini, Husam, yang menyandang jawatan naib presiden Pas, memfailkan saman terhadap penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan satu kenyataan fitnah dalam akhbar…

Lihat pos aslinya 150 kata lagi